Sunday 29 May 2011

Kejadian-kejadian Yang Berlaku di Jalan Karak !!!

Assalamualaikum kepada semua pengikut-pengikut Hanis.
   Sekarang ni dah ada banyak citer-citer dan filem yg best dan salah satunyer adalah filem Karak.Ni Hanis nak kongsikan pengalaman Hanis sendiri yang telah lalu kat Jalan Karak ni.
   Masa tu Hanis masih kecil lagi.Masa tu Hanis dan keluarga sedang dalam perjalanan ke rumah kawan yang tinggal di Pahang.Disebabkan masa tu dah malam,jadi ayah saudara saya pun ambil 'shortcut'.Disebabkan tak ada seorang pun tak tahu apa-apa tentang Jalan Karak jadi kami semua lalu jelah jalan ni.Masa tengah sibuk dengar lagu di radio,tiba-tiba kereta pak cik sy mati di tengah2 jalan.Betul-betul di tengah Jalan Karak.
   Kalu awak semua nak tahu apa rasenye masa tu,tak tahulah macam mana nak jelaskan.Seram betul.Dengan kabus tebalnya,jalannya yang penuh dengan selekoh yang merbahaya seluruh keluarga pak cik saya dengan saya sekali rasa macam nak jerit saje.
   Tiba-tiba,saya rasa macam ada menda kat atas kereta pak cik saya tu.Saya rasa tak sedap hati.Pak cik saya perasan perubahan saya.Dia baru sahaja nak keluar daripada kereta tu tapi saya halang dia.Daripada dia keluar,saya suruh dia tengok memda kat atas kereta tu guna cermin side kereta tu.Pakcik saya adjust cermin tu sehingga dia nampak sesuatu putih hitam kat atas kereta.Saya mahu jerit tapi dihalang oleh kawan saya yang sama tumpang kereta dengan pak cik saya.Dia merupakan kawan baik saya.Dia suruh saya diam.
   Masa tu baru dia teringat sejarah Jalan Karak itu.Selepas dia ceritakan apa sebenarnya yang berlaku,pak cik saya terus sahaja pasangkan radio IKIM.fm .Berkumandanglah zikir di seluruh kereta pak cik saya tu.Selepas maba zikir yang boleh dibaca,tiba-tiba hati saya rasa tenang sikit jadi saya suruh pak cik saya tengok kat atas kereta tu.Rupa-rupanya makhluk itu sudah pergi dan hilang dari pandangan kami.
   Dan masa itu juga kereta pak cik saya hidup semula.Pak cik saya pun terus memecut laju dari jalan tu.
Peristiwa tu telah buat saya sudah serik.Oklah,saya dah nak tisur ni.Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment